4
19 November
2012, tarikh keputusan PMR dikeluarkan. Alhamdulilah, aku mendapat keputusan
lulus. 8 orang dari kelas kami mendapat 8A dalam PMR. Syukur alhamduliah kerana
mereka telah mengharumkan nama sekolah kami.
Bagi pelajar
yang mendapat 8A disuruh tunggu kerana pihak sekolah ingin mengambil gambar
mereka bersama dengan tetamu hormat. 2 orang dari 8 orang tersebut tiada kerana
ada urusan keluarga. Meyy dengan Arfan pun mendapat 8A. Tahniah diucapkan untuk
8 orang yang mendapat 8A.
Meyy dan
Arfan berdiri bersebelahan saja apabila sesi bergambar. Mereka senyum tapi keadaan
seperti kekok. Meyy ada ada mengemaskini status di “facebook” bahawa dia malu
berdiri sebelah Arfan tadi.
Setelah
setahun berlalu, kini kami kembali ke sekolah. Kami semua masih masuk ke kelas
yang sama. Kami dimasukkan dalam kelas aliran sains tulen. Kelas yang pertama. Sekali
lagi tanggungjawab berat dipikul. 9 subjek untuk SPM. Ya, Meyy dan Arfan masih
sekelas denganku.
Tahun ini
mereka lagi jarang berkomunikasi. Sekarang Meyy asyik menunduk kepalanya
apabila lalu Arfan. Dalam senyap, aku ternampak Arfan melihat Meyy. Dia asyik
menoleh ke arah Meyy. Bukan sahaja Arfan buat seperti itu, Meyy juga begitu. Mungkin
ada sesetengah dari kami tidak sedar kelakuan mereka tapi aku sudah sedar
gelagat mereka.
Pada suatu
hari, kami ke makmal sains untuk kelas Biologi. Aku duduk bersebelahan dengan
Meyy. Cikgu Irwan seorang yang kreatif apabila mengajar. Beliau mempunyai cara penjelasan yang senang difaham oleh kami.
Tiba-tiba cikgu buat lawak. Satu kelas riuh rendah oleh kami. Mata Meyy meliar ke
arah Arfan yang sedang duduk dihadapannya. Beberapa kali Meyy memandang Arfan
dalam diam.
Aku
tersenyum dan geli hati. Rupanya Meyy pun curi-curi melihat Arfan selama ini. Pada
malam itu, aku terbaca status Arfan di facebook yang mengatakan “Dear crush,
janganlah awak asyik tunduk, kalau tak macam mana saya nak tegur awak.” Aku
merasakan bahawa Arfan telah memberi petunjuk kepada Meyy bahawa dia ingin
rapat semula dengan Meyy. Tapi Meyy tetap dengan egonya.
Meyy tetap
tunduk depan Arfan. Percakapan Meyy juga dah mula berubah. Dari Meyy yang
banyak cakap hingga menjadi Meyy yang pendiam. Meyy juga kurang ketawa seperti
dulu. Dia dan Arfan Nampak lebih malu daripada dulu. Tak tahu kenapa mereka
boleh berubah dalam sekelip mata.