1
Kenangan
sebagai remaja merupakan kenangan yang manis dan sukar untuk melupakan. Hari
pertama sebagai budak remaja berumur 13 tahun bukan perkara mudah untukku
lalui. Pengembaraan remajaku baru saja bermula. Sebagai seorang junior baru di
sekolah menengah ini adalah cabaran baru buatku. Aku ditempatkan kelas yang
pertama iaitu 1 Mawar. Alhamdulilah, ramai kenalan baru. Beberapa hari selepas
kami menjalani rutin harian bersama-sama, sekolah telah mewujudkan kelas baru.
Kelas istimewa dan kelas itu khas untuk pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) sahaja.
Agaknya aku
bertuah kerana aku mendapat masuk ke kelas tersebut. Bilangan pelajar cuma ada
22 orang sahaja. Semakin ramai pelajar mendapat tawaran ke sekolah yang lebih
baik semakin ramai pelajar baru masuk ke kelas kami.
“Assalamualaikum
murid-murid,” ustazah menyapa kami semua yang sedang sibuk membuat latihan.
“Walaikumsalam, ustazah” kami menyambut salam ustazah walaupun sibuk menyiapkan
latihan. “Hari ini, ada murid baru akan masuk ke kelas kamu” kata ustazah.
Kami semua
gembira tak terkata. Bilangan pelajar di kelas ini adalah bilangan paling
sedikit di antara kelas-kelas yang lain. Kelas itu agak sunyi. Jadi tidak
hairanlah kalau kami gembira sangat. Meyy Ashmera, nama pelajar baru itu. Comel
dan hormat orangnya. Apabila dia masuk ke dalam kelas, dia terus bersalam
dengan kami semua kecuali lelaki.
Orangnya
pemalu dan pendiam. Selepas beberapa hari itu, ada lagi murid baru. Arfan. Ya,
itulah nama budak baru itu. Lelaki yang tampan dan pandai. Perwatakan Arfan
lebih kurang sama dengan Meyy. Pemalu dan pendiam. Mereka berdua susah
diajak untuk bercerita. Mereka bercakap apabila perlu.
Selepas
beberapa bulan, kami semua sudah selesa dengan keadaan kelas. Masing-masing
sudah saling mengenali. Meyy yang dulu pendiam, sekarang bercakap tanpa henti.l
Asyik dengan cerita pengalamannya di sekolah asrama sebelum itu. Ketawanya
membuat kami semua ketawa. Ketawa yang agak pelik bagi seseorang perempuan. Dia
memberitahu kami bahawa dia berasa penat dan mengantuk kalau tidak bercakap. Perangai
Meyy lebih kurang sama dengan aku. Bercakap tanpa henti dan tanpa rasa penat
pun.
Agaknya kelas
bising sebab mulut kami ek? Tapi kalau sunyi, seram sejuk rasanya. Kelas kami
tak pernah sunyi. Pasti ada saja cerita kami. Tak pernah kelas kami sunyi
semacam rumah hantu. Walaupun ada guru dihadapan, mulut tak pernah berzip. Kadang-kadang
cikgu pun bawa bercerita. Pada mulanya memanglah diam bulan pertama sekolah
tapi dah beberapa bulan lepas, perangai dah keluar. Penatlah jadi hipokrit.
Cikgu pun
tak pernah bosan mengajar kami. Jarang sekali cikgu marah kami. Kerja rumah tak
buat pun, cikgu marah ala-ala manja. Macam mana tak keluar perangai buruk kalau
asyik dimanjakan. Budak baru pun dah mula menunjukkan tanda yang positif. Bermakna
mereka nakal juga. Taklah berapa pendiam atau pemalu.
Arfan dan
Meyy, dah pandai bergaul dengan kami. Alhamdulilah. Selama ini, kami sabar saja
untuk mendengar mereka bercakap. Bersosial dengan kami. Berkat kesabaran
akhirnya mereka dah selesa dengan keadaan sekarang.
No comments:
Post a Comment