3
Akhirnya.
Selesai sudah perjuangan kami. Kini hati berdebar-debar menunggu keputusan PMR.
Pelajar tingkatan 3 diberikan aktiviti setelah selesai PMR. Pelbagai aktiviti
diadakan di sekolah. Seminggu sebelum cuti sekolah, aktiviti kami dah pun
selesai. Kini untuk bersuka ria bersama kawan-kawan. Seminggu kami asyik
terperap dalam kelas, menonton cerita hantu di laptop. Kalau cerita hantu,
semua pun duduk. Tiada yang merayau-rayau. Makan minum pun tidak dipedulikan. Best.
Teriak sana, teriak sini. Kelas pun gelap sebab pintu dan langsir ditutup
supaya dapat menjiwai cerita hantu.
Tiba masanya
hari terakhir sebagai pelajar tingkatan 3 di sekolah itu. Ada yang bawa kamera,
ada yang bawa hadiah untuk kenangan. Meyy dan Arfan? Masih dalam keadaan malu. Tapi
yang bestnya ialah Meyy duduk di taman tempat biasa kami duduk selalu. Lalu
Arfan berdiri sebelahnya. Perbualan mereka, kami tidak dapat mendengar. Malangnya.
Adib, jurugambar dalam kelas kami ada menggambar mereka berdua yang sedang
asyik bercerita.
Mereka
bercerita tapi muka, mata tak pandang pun. Melainkan Arfan. Dia melihat wajah
Meyy ketika mereka bercerita. Agaknya Arfan nak mengingati wajah Meyy mungkin.
Kami satu kelas, belum tahu perasaan sebenar mereka. Sama ada Meyy suka dengan
Arfan atau tidak. Begitu juga dengan perasaan Arfan. Kami masih dalam keadaan
keliru. Tapi reaksi mereka apabila bertemu seperti orang yang malu berjumpa
kekasih.
Mungkin mereka
tidak dalam ikatan tapi mungkin mereka teman tapi mesra? Apabila melihat gambar
mereka berdua yang ditangkap oleh Adib, keserlahan wajah Arfan dan Meyy seperti
ada cinta diantara mereka.
Meyy juga
pernah menyuruh aku untuk sms Arfan bahawa Meyy tidak dapat balas sms Arfan
kerana Meyy tiada kredit. Nampaknya, mereka selalu sms. Apakah yang terjadi
antara mereka? Sms dan keadaan mereka sekarang ini membuat aku berfikir bahawa
ada udang disebalik batu.
Maksud aku,
bukanlah mereka dah berpasangan tapi mungkin mereka dah “confess” antara satu
sama lain. Mungkin juga? Siapa tahu? Cuma tiga pihak saja yang tahu. Mereka dan
Allah saja yang tahu perkara ini.
No comments:
Post a Comment